Sunday, August 22, 2010

Kenapa perlu sabar???

Sabar…sabar…sabar…..
Perkataan SABAR sering kita dengar dimana-mana, pada bila2 masa dan juga sering dikeluarkan oleh mulut kita sendiri…. Tapi berapa ramai orang yang btl2 bersabar dengan apa yang berlaku terhadap dirinya??? Adakah kita bersabar??? Susah ke nak sabar??? Macam2 persoalan yang timbul bila sebut tentang sabar ni…..ok,apa maksud sabar itu???? sabar tu maksudnya simple…rsnya semua orang dah tahu kn….

Sabar secara ringkas dapat diertikan dengan kita menahan nafsu marah kita daripada menguasai diri kita…tahu kan??? So…nape kita perlu sabar ek??? Sebab sabar itu separuh daripada iman…sifat sabar tu penting dalam kita menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT kerana dengan sabar kita akan terhindar dari hasutan syaitan…dan….Allah pun suka org2 yang bersabar….

Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata :
Apabila dianugerahkan oleh Allah kepada seorang hamba itu satu nikmat, lalu dicabutnya nikmat tersebut dan digantikan dengan sifat sabar, maka apa yang digantikan itu lebih baik dan lebih utama daripada apa yang dicabutnya…
So…dari ayat tersebut,jelaslah menunjukkan bahawa sifat sabar itu sangat utama dalam kehidupan muslim…

Sabar dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
1.       Sabar daripada melakukan maksiat
Ini adalah peringkat sabar yang paling tinggi dan paling susah untuk diusahakan…
Sebagai hamba Allah yang kerdil, kita tidak dapat lari dari melakukan dosa. Peringkat sabar ini memerlukan keimanan yang kental dan kuat dalam diri seseorang itu…kita boleh pilih samaada kita nk melakukannya atau pun meninggalkannya….

2.       Sabar atas bala yang menimpa
Bala itu datang dari Allah SWT..samaada kita rela atau tidak, sebagai hamba Allah kita harus menerima takdir dari Allah Taala tanpa ada pilihan. Bala adalah ujian dari Allah dan kita hendaklah bersabar dengan apa yang menimpa kita.

3.       Sabar melakukan Ketaatan
Kita diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk melakukan ketaatan terhadap-Nya..oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha dalam melakukan amal ibadah dan kebaikan di atas muka bumi ini semata-mata kerana Allah Taala untuk mendapat rahmat dari-Nya dunia dan akhirat.

 Hikmah dari sifat sabar antaranya adalah sabar dapat menaikkan darjat seseorang muslim itu dan membezakan betapa tingginya darjat kita dengan orang lain…Sabar juga dapat menghindarkan diri kita dari sifat takabbur….
Oleh itu…. Dalam bulan yang mulia ini, bulan RaMaDhaN..marilah sama-sama kita pupuk sifat sabar dalam diri kita..jadilah insan yang sentiasa BERSABAR dalam apa jua keadaan pun….

Wallahua’lam…..

No comments:

Post a Comment