Sunday, August 22, 2010

Lawa memang lawa...tapi.....

Bersolek????....bila ckp tentang bersolek ni mestilah khas tok yang bernama perempuan,,girl,,atau wanita je kn??..memang bersolek dan wanita tu macam dah xleh nk dipisahkan..tol x??tp bagi wanita yang suka bersolek je  yang macam 2 kn…yang xbiasa bersolek mesti xstuju ble dgo orang ckp cam2 kn….lg best natural je kan...brla terserlah kecantikan yang asli,,bkn plastik...huhu

Okla…bersolek atau dalam Islam disebut tabarruj…apa sebenarnya hukum bersolek/tabarruj ni??adakah boleh???adakah dibenarkan oleh syarak??? Sebelum tu apa maksud tabarruj yang sebenar??

 Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  . AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”. 

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias dan perhiasan ini yang menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.  
Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :
                    “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. 
                                                                                                             ( surah an-Nur :31)

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya. 



No comments:

Post a Comment