Monday, October 11, 2010

TERSENYUM DAN TERSENYUMLAH…….

Senyum…senyum adalah anugerah Allah kepada kita yang paling mudah untuk dikongsi dengan orang lain.

.senyum itu indah…senyum merupakan penyeri wajah…
Senyum juga adalah satu sedekah…so senyumlah..xkne byr pn klu senyum je…
Npela org zmn skrg ni ssh sangat nk senyum ek???ntahla..maybe die senyum dlm hati kot…
Kne sangka baik ngn org…hehe..sangat best klu jmpe org sume balas blik senyuman kte 2 kn…
ade beberapa situasi yang patut anda senyum jika……..

Jika anda seorang guru, dan memasuki kelas mengadap mke anak-anak murid yang sangat comel2 itu..maka temuilah mereka dengan dengan wajah yang ceria sambil tersenyum simpul…

Jika anda sedang berada di sebuah majlis keramaian….maka senyumlah dengan ikhlas walaupun kita xknl pn die….

Jika anda bertemu dengan sekelompok orang2 yg xdikenali sambil tersenyum kepada anda…maka tersenyumlah..

Dan akhir skali……………

Jika anda merasa amat marah…maka tersenyumlah kerana itulah penawarnye…hehee…tp time ni ade lak yg nk syum kn….hahaha..ssh 2..

Ok….xpe2…senyumlah sekadar termampu…………tp biarlah bertmpat ye..klu salah tempat dikata gila lak..haha

Dari Jarir ibn Abdullah al-Bajali berkata bahawa “ Rasulullah SAW tidak melihatku, kecuali beliau akan tersenyum…

Nabi SAW adalah seorang yang murah dengan senyuman….
Oleh itu…kita sebagai umatnya,,,hendaklah mencontohi beliau..

Senyum….tersenyum dan……tersenyumlah……………..:-)









Saturday, August 28, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

 Sekadar perkongsian .........

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

 Firman Allah SWT :
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "



p/s: just nk kongsi dalam blog ni je..rsnye sume da th kn...:)

WANITA…CUKUP ISTIMEWA…

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

 
*"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

 *"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

 
*"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

*"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

 
*"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

 
*"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

 <<<<
"Korang tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."........

.........."Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya… Tempat dimana cinta itu ada.".>>>>>>


Hargailah WANITA sentiasa....

kpd kaum lelaki  ingatlah akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata.
Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik.

Sunday, August 22, 2010

Lawa memang lawa...tapi.....

Bersolek????....bila ckp tentang bersolek ni mestilah khas tok yang bernama perempuan,,girl,,atau wanita je kn??..memang bersolek dan wanita tu macam dah xleh nk dipisahkan..tol x??tp bagi wanita yang suka bersolek je  yang macam 2 kn…yang xbiasa bersolek mesti xstuju ble dgo orang ckp cam2 kn….lg best natural je kan...brla terserlah kecantikan yang asli,,bkn plastik...huhu

Okla…bersolek atau dalam Islam disebut tabarruj…apa sebenarnya hukum bersolek/tabarruj ni??adakah boleh???adakah dibenarkan oleh syarak??? Sebelum tu apa maksud tabarruj yang sebenar??

 Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  . AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”. 

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias dan perhiasan ini yang menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.  
Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :
                    “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. 
                                                                                                             ( surah an-Nur :31)

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya. 



Kenapa perlu sabar???

Sabar…sabar…sabar…..
Perkataan SABAR sering kita dengar dimana-mana, pada bila2 masa dan juga sering dikeluarkan oleh mulut kita sendiri…. Tapi berapa ramai orang yang btl2 bersabar dengan apa yang berlaku terhadap dirinya??? Adakah kita bersabar??? Susah ke nak sabar??? Macam2 persoalan yang timbul bila sebut tentang sabar ni…..ok,apa maksud sabar itu???? sabar tu maksudnya simple…rsnya semua orang dah tahu kn….

Sabar secara ringkas dapat diertikan dengan kita menahan nafsu marah kita daripada menguasai diri kita…tahu kan??? So…nape kita perlu sabar ek??? Sebab sabar itu separuh daripada iman…sifat sabar tu penting dalam kita menjalani kehidupan sebagai hamba Allah SWT kerana dengan sabar kita akan terhindar dari hasutan syaitan…dan….Allah pun suka org2 yang bersabar….

Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata :
Apabila dianugerahkan oleh Allah kepada seorang hamba itu satu nikmat, lalu dicabutnya nikmat tersebut dan digantikan dengan sifat sabar, maka apa yang digantikan itu lebih baik dan lebih utama daripada apa yang dicabutnya…
So…dari ayat tersebut,jelaslah menunjukkan bahawa sifat sabar itu sangat utama dalam kehidupan muslim…

Sabar dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
1.       Sabar daripada melakukan maksiat
Ini adalah peringkat sabar yang paling tinggi dan paling susah untuk diusahakan…
Sebagai hamba Allah yang kerdil, kita tidak dapat lari dari melakukan dosa. Peringkat sabar ini memerlukan keimanan yang kental dan kuat dalam diri seseorang itu…kita boleh pilih samaada kita nk melakukannya atau pun meninggalkannya….

2.       Sabar atas bala yang menimpa
Bala itu datang dari Allah SWT..samaada kita rela atau tidak, sebagai hamba Allah kita harus menerima takdir dari Allah Taala tanpa ada pilihan. Bala adalah ujian dari Allah dan kita hendaklah bersabar dengan apa yang menimpa kita.

3.       Sabar melakukan Ketaatan
Kita diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk melakukan ketaatan terhadap-Nya..oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha dalam melakukan amal ibadah dan kebaikan di atas muka bumi ini semata-mata kerana Allah Taala untuk mendapat rahmat dari-Nya dunia dan akhirat.

 Hikmah dari sifat sabar antaranya adalah sabar dapat menaikkan darjat seseorang muslim itu dan membezakan betapa tingginya darjat kita dengan orang lain…Sabar juga dapat menghindarkan diri kita dari sifat takabbur….
Oleh itu…. Dalam bulan yang mulia ini, bulan RaMaDhaN..marilah sama-sama kita pupuk sifat sabar dalam diri kita..jadilah insan yang sentiasa BERSABAR dalam apa jua keadaan pun….

Wallahua’lam…..

Tuesday, August 17, 2010

SusaH ke nk minta MAAFF???

                                                              

  Maaf!!! Sorry!!! 
Perkataan maaf atau sory mempunyai maksud yang sama dan seerti...Tetapi bila disebut tentang dua perkataan ini, ianya sering dijauhkan...berat mulut nk cakap pasal minta maaf ni...kalau kita wat salah,,kan senang jika kita ungkapkan je perkataan maaf tu..." Saya Minta Maaf " it's easy right?? tapi nk ke kita ungkapkan begitu sahaja dengan hati yang benar-benar ikhlas??? Mustahil bagi orang-orang yang mempunyai perasaan malu untuk berkata maaf...

Amalan bermaafan seringkali dikaitkan dengan hari raya...selalu kita dengar orang cakap " Nanti Raya la br mintak maaf"...sikap sebegini haruslah dijauhkan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Kita hanya manusia biasa yang diciptakan oleh Allah dengan keistimewaan tetapi tetap mempunyai kekurangan..Oleh itu, kekurangan tersebut perlulah ditutup dengan kelebihan yang Allah kurniakan untuk kita.

Kata-kata MAAF amat penting dan sangat perlu diungkapkan jika kita melakukan kesalahan terhadap orang lain tidak kira samaada kesalahan tersebut sengaja kita lakukan ataupun tidak sengaja. Dalam Kehidupan kita masa kini, perkaataan maaf itu amat mudah untuk diungkapkan, tetapi sangat sukar untuk dipraktikkan kecuali bagi orang-orang yang menganggap sebuah kemaafan itu amat besar nilainya dalam kehidupan mereka...hanya untuk orang-orang yang tertentu sahaja yang merasa betapa besarnya nikmat dimaafkan ataupun bermaafan.

Bukan sahaja meminta maaf itu penting tetapi sifat memaafkan itu juga amat penting dan wajib dipupuk dalam diri setiap muslim sejak dari kecil lagi. Sebagai orang Islam yang berkeperibadian mulia kita mestilah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Sifat memaafkan itu dapat menonjolkan sifat muslim yang berakhlak dan berbudi pekerti tinggi serta dapat mencerminkan keindahan Islam sebagai agama samawi yang meraikan fitrah kejadian manusia.

Sifat memaafkan itu lebih mulia daripada meminta maaf...Dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah R.hu bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda : Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari kiamat.
Dari hadith tersebut jelaslah bahawa sifat memaafkan kesalahan orang lain pada kita dipandang mulia oleh Allah dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura:40 yang bermaksud dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya adalah tanggungan keatas Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.

Daripada ayat Quran di atas, jelaslah bahawa orang yang bersifat pemaaf ini amat disukai oleh Allah dan sangat dihormati oleh orang lain...Oleh itu, kita hendaklah tanamkan dalam diri kita sifat memaafkan orang lain dan sentiasa meminta maaf jika ada melakukan kesalahan dengan sesiapa...

Kemaafan itu tiada kaitan dengan kita meminta keampunan dari Allah SWT, tetapi kemaafan itu hanya berhak diberikan oleh orang yang rela memaafkan kita jika kita wat salah kt seseorang itu. Even, sampai kita meninggal dunia sekalipun, jika kesalahan tersebut tidak diminta dari orang tersebut, kita tidak akan mendapat keampunan dari Allah Ta'ala.. itu yang BAHAYA....huhu..Minta Maaf la sebelum terlambat tok mengungkapkannya...


Bermaafan lah sesama kita...xyah tunggu Hari Raya nti br nk mntak maaf..dah terlambatla...baik wat sekarang...huhu


Dalam bulan Ramadan yang mulia ni...sangat afdal kalau kita meminta maaf dan saling memaafkan orang lain xkira la kawan-kawan kita, sahabat handai, keluarga mahupun jiran tetangga..." Saya Minta Maaf atas kesalahan saya selama ini".... jangan malu-malu nk ucapkan maaf...penting tau maaf tu...tok peringatan saya juga!!!


Sebut pasal bulan Ramadan, ada suatu kisah yang berlaku dalam bulan Ramadan yang boleh dikaitkan dengan amalan bermaafan ini iaitu pada malam dalam bulan Ramadan, Malaikat jibril memohon doa daripada Allah SWT dan Rasulullah telah mengaminkan doa tersebut ( Tanda doa tersebut dimakbulkan oleh Allah). Doanya seperti berikut :




1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.
Demikianlah doa yang dibaca oleh Jibril dan telah diaminkan oleh Rasulullah SAW sebanyak 3x. 

Daripada doa tersebut, jelaslah bahawa amalan bermaafan itu sangat penting dalam kehidupan kita sebagai hambaNya dan dari situ kita dapat tahu bahawa kemaafan dari seseorang itu penting sehinggakan jika kita tidak dimaafkan akan menyebabkan amalan dan ibadah kita tidak diterima oleh Allah SWT...
Jangan lah kita alpa dan lalai hanya dengan perasaan malu untuk meminta maaf....
Jangan mudah alpa dibuai keseronokan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keredaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun kepada hamba-Nya yang tidak jemu memohon keampunan atas dosa yang dilakukan.
Firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa’, ayat 25)


Assalammualaikum....
Salam Ukhwah.....
Salam satu dunia....
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya meluangkn masa untuk membuat blog yang x seberapa ni tok tatapan pembaca blog sekalian.....hehe (cam skema laa plak..)
Just intro...