Tuesday, March 27, 2012

Antara koleksi coklat....
























coklat akan dibuat bergantung kpd permintaan...harga boleh runding...terdapat dalam pelbagai bentuk seperti bunga ros, hati, abjad dan dll lg...juga terdapat filling blueberry,badam,buble rice dll...mengikut permintaan...area pontian,jb boleh pick up sndiri @trus dihantar kerumah..sebarang pertanyaan pm/add fb Imah Fatimah Ahmad...tq..
Blog ini telah ditukar kpd blog IMa HomeMade coklat atas sbb2 yg xdpt dielakkan..maaf ye..(mls nk wat blog br sebenarnye,,huhu)...

Monday, October 11, 2010

TERSENYUM DAN TERSENYUMLAH…….

Senyum…senyum adalah anugerah Allah kepada kita yang paling mudah untuk dikongsi dengan orang lain.

.senyum itu indah…senyum merupakan penyeri wajah…
Senyum juga adalah satu sedekah…so senyumlah..xkne byr pn klu senyum je…
Npela org zmn skrg ni ssh sangat nk senyum ek???ntahla..maybe die senyum dlm hati kot…
Kne sangka baik ngn org…hehe..sangat best klu jmpe org sume balas blik senyuman kte 2 kn…
ade beberapa situasi yang patut anda senyum jika……..

Jika anda seorang guru, dan memasuki kelas mengadap mke anak-anak murid yang sangat comel2 itu..maka temuilah mereka dengan dengan wajah yang ceria sambil tersenyum simpul…

Jika anda sedang berada di sebuah majlis keramaian….maka senyumlah dengan ikhlas walaupun kita xknl pn die….

Jika anda bertemu dengan sekelompok orang2 yg xdikenali sambil tersenyum kepada anda…maka tersenyumlah..

Dan akhir skali……………

Jika anda merasa amat marah…maka tersenyumlah kerana itulah penawarnye…hehee…tp time ni ade lak yg nk syum kn….hahaha..ssh 2..

Ok….xpe2…senyumlah sekadar termampu…………tp biarlah bertmpat ye..klu salah tempat dikata gila lak..haha

Dari Jarir ibn Abdullah al-Bajali berkata bahawa “ Rasulullah SAW tidak melihatku, kecuali beliau akan tersenyum…

Nabi SAW adalah seorang yang murah dengan senyuman….
Oleh itu…kita sebagai umatnya,,,hendaklah mencontohi beliau..

Senyum….tersenyum dan……tersenyumlah……………..:-)









Saturday, August 28, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

 Sekadar perkongsian .........

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

 Firman Allah SWT :
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "



p/s: just nk kongsi dalam blog ni je..rsnye sume da th kn...:)

WANITA…CUKUP ISTIMEWA…

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

 
*"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

 *"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

 
*"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

*"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

 
*"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

 
*"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

 <<<<
"Korang tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."........

.........."Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya… Tempat dimana cinta itu ada.".>>>>>>


Hargailah WANITA sentiasa....

kpd kaum lelaki  ingatlah akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata.
Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik.

Sunday, August 22, 2010

Lawa memang lawa...tapi.....

Bersolek????....bila ckp tentang bersolek ni mestilah khas tok yang bernama perempuan,,girl,,atau wanita je kn??..memang bersolek dan wanita tu macam dah xleh nk dipisahkan..tol x??tp bagi wanita yang suka bersolek je  yang macam 2 kn…yang xbiasa bersolek mesti xstuju ble dgo orang ckp cam2 kn….lg best natural je kan...brla terserlah kecantikan yang asli,,bkn plastik...huhu

Okla…bersolek atau dalam Islam disebut tabarruj…apa sebenarnya hukum bersolek/tabarruj ni??adakah boleh???adakah dibenarkan oleh syarak??? Sebelum tu apa maksud tabarruj yang sebenar??

 Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  . AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”. 

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias dan perhiasan ini yang menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah  dilarang.  
Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang  samada ia menarik perhatian ataupun tidak. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :
                    “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. 
                                                                                                             ( surah an-Nur :31)

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya.